Tuesday, 3 May 2016

Kedai Makan

ok, dah setahun takde pape kat sini. i feel the need to write something. dah berbulan tertunggak. so recap: aku buka cafe may 2015. and this thing just happened recently.

aku sangat skeptikal dengan benda halus ni. bila kau berniaga makan, senang gila nak dapat benda. aku pernah jumpa kepala ayam depan kedai aku. well, 2 days sebelum tu aku beli ayam tak potong, aku potong sendiri, kepala buang kat tong sampah belakang. probably kucing amik buat main bola sampai depan. sebab dulu ada plan nak buat court futsal kat depan kaki lima kedai aku. bodoh punya idea.
kedai sebelah cerita macam-macam. 2 kali panggil ustat. 2 ustat cakap ada benda tutup. dah kalau kau punya grill chicken rasa satay, kuey tiaw kau tak consistent, blackpepper kau rasa terbakar je memang la takde orang repeat. yep, mmg aku perasan customer kau tak ramai yg repeat. now kedai sebelah dah bungkus. tengok review page dia boleh justify apa yang aku cakap. 3 reviews, 1 5 bintang tanpa komen. mesti member-member.
kedai sebelah tutup bermakna kawasan aku gelap balik. aku dengan budget yang rendah still takde signboard, pergi ke hardware beli lampu pasar malam dan pasang sendiri bersama staffs. terang sikit. customer macam biasa berniaga, ada hari naik turun. paling sedap jumaat dengan sabtu. marketing dah tak macam dulu.
yep. niaga la apa pun kalau marketing kau hampeh memang tak kemana. mekdi yang kau dah kenal bertahun-tahun pun tak berenti iklan kat tv. kalau kedai sebelah gagal mesti gagal atas sebab diri sendiri. bukan benda halus. leicester city pun boleh menang liga dengan management yang betul.
nilai square, dah bertahun dibina. kejap je meletop. lepas tu gelap semula. nilai square ni. nama je macam pusat bandar.
tanpa signboard besau, tambah pula dengan pintu macam kedai kuda ni memang tak membantu menarik customer datang. tambah lagi stall vape aku depan pintu masuk. tapi kami survived. feedback customer cantik. ramai yang repeat. aku pun happy je nak melalak ho hey tetiap malam dengan alep.
benda yang aku cuba elak dah tak dapat nak di elakkan lagi sebab background aku pun memang ke arah situ. dari aku taknak masuk dapur sekarang aku dah dok dapur setiap malam. sediakan makanan untuk orang makan. bila dapat balik pinggan licin aku senyum. basuh pinggan pun happy je. lega. so bini aku punya recipe mujarab. sedap kot. buat ape nak tipu?
satu hari member aku datang makan. a regular. dia cakap last time dia datang 2 minggu straight kedai tutup. then asip cakap "bukan hari tu kau ada datang ke? tapi tak berhenti". then member aku cakap "aku tengok kedai tutup". padehal masa tu pukul 11 malam, ktorang semua kat depan tengah main kad munchkin. aku rasa ingatan dia dah dikaburi pornography. mungkin ada kisah 2 3 hari yang diselit semua jadi kisah 1 hari. sebab seingat aku ada sekali dia datang, aku cakap dah tutup. semua benda dah habis.
aku sangat skeptikal benda halus. orang cakap pece lele berhantu. memang le berhantu. siapa taknak makan benda RM5 nasi kau boleh gunung for free? student suka la benda murah. kalau ada kat batang bjuntai dulu pun hari2 aku bedal. bodoh ke?
kalau betul lah kata orang sebelah ada jin tutup kawasan ni, tak mungkin jumaat dengan sabtu lepas sale aku sedap. malam aku jumpa kepala ayam depan kedai tu pun sale sedap gak.
no. aku takde masa nak jumpa bomoh. nak sediakan pengeras pulut kuning ape semua bagai. baik aku naik atas main game lagi bagus. rejeki tuhan bagi. bukan bomoh. aku ajinomoto pun tak pakai, nak pakai bomoh. tak payah.
kalau betul lah kata orang sebelah ada jin tutup kawasan kedai ni, maka aku nak buat makan free tengah bulan may ni. tengok ada orang datang ke tidak. sebab last time aku buat makan free ramai gila sampai ada customer salah kedai. pegi kedai sebelah. ha.. makan la kau meatball rasa satay. hahahaha. baik kau makan satay wili. lagi sedap. hahahahhaa.

maybe i should start writing again.

azrulmaulud