Tuesday, 9 December 2014

Aku Mahu Internet!

berniaga bila tak ada persaingan adalah satu benda yang sangat menyeronokkan. bayangkan kau seorang je yang jual topap handphone kat malaysia ni. orang dari utara sampailah ke selatan, dari sabah sampailah ke sarawak akan cari kau semata nak top up handphone. confirm kau ada satu bangunan besar untuk tempatkan staff kau yang bekerja 24 jam melayan orang nak beli topup through call or online. siapa cakap berniaga topup tak boleh cecah keuntungan 6 angka? confirm dapat bila kau dah monopoly.
take proton for example. kereta paling affordable di Malaysia adalah Proton dan Produa. to prevent people from buying kereta import yang lebih canggih dan classy, gomen letak cukai kereta import tinggi. 300% if i'm not mistaken. kerana kereta import dah agak mahal, orang malaysia yang ingin bergayo dengan kereta tak larat nak kumpul duit lama-lama untuk beli kereta import. siapa boleh tahan beb kalau awek manjang nak naik kereta je. tak kelas la naik motor.

persaingan adalah benda yang wajib ada dalam perniagaan. tanpa persaingan maka tiadalah improvement. sebab tu until today orang still complain yang kereta proton banyak masalah berbanding pesaing terdekat mereka; Produa. dah bertahun-tahun keluar kereta ada problem dengan power window, tapi still tak ada improvement. not until sales drop tahun ni baru lah nak keluar kereta yang affordabel. 50k untuk compact car buatan tempatan yang kualitinya tak diketahui adalah sangat rip off.

yeah. semua orang tahu pasal proton dan produa dan persaingan.

tanpa persaingan maka taukey bisnes tu tak perlu nak usaha improve laju-laju sebab customer memang tak ada choice. nak taknak still beli. though complain konon nak berenti membeli still beli juga. macam pernah dengar kan? komplen macam gila, tapi sebab nak tengok drama jantan sotong terpaksa bayar juga.

dengan itu aku bawa Astro masuk dalam ini karangan-tatabahasa-kejamban.

Masa Astro baru start bisnes dulu ada pesaing. MegaTV namanya. MegaTV tak lama. kejap je. aku terlalu malas nak korek kat google sebab memang tak perlu. MegaTV = sekejap. itu je. so bertahun lamanya astro berniaga. keluar la drama-drama cilaka dan rancangan relaiti yang nak kaut untug seperti akademi fantasia, raja lawak dan maharaja lawak. walaupun servis teruk seperti yang selalu kita dengar, bil sampai lambat tapi kena penalty, ke bayar mahal tapi signal tak ada time hujan dan paling sakai adalah astro guna servis sistem yahudi untuk befungsi. melayu bila dengar yahudi kerja nak mengamuk je. dan seperti biasa di sosial media ramai yang cakap nak unsubscribe sebab astro servis macam pundek. tapi disebabkan nak tengok zizan terkinja-kinja atas pentas dan bini nak tengok drama tak ada idea maka mereka pun still subscribe.

another reason kenapa astro berjaya monopoly industry kotak bodoh di malaysia adalah kerana Astro dah peganng broadcasting rights untuk tayangan sukan. bila dah pegang sukan maka abang-abang pun terpaksa la subscribe juga astro. siapa taknak tengok manchester united kena kitai kan? haa! but astro bukan pegang broadcasting rights untuk bola sepak luar negara je, liga malaysia pun mereka pegang. so kalau nampak ada tayang kat tv gomen tu sebab astro bagi pelepasan lah. so basically, tiada stesen TV yang boleh tayang match bola live tanpa persetujuan dengan Astro. pundek bukan?

nak berhenti melanggan astro tapi apa pilihan yang mereka ada bila dah tak langgan dengan astro? tengok TV3? mana cukup! TV3 tak ada zizan lompat-lompat macam monyet. mati weh kalau tak dapat tengok. mana nak tengok bola? mamak lah!

so yeah. Astro sudah monopoly industry kotak bodoh di malaysia. the closest rival to astro is, believe it or not, TM. TM dan hypTV. ramai yang tak tahu, kalau ada internet superduper laju seperti unipai movie movie yang ulang 12 kali sehari tu boleh di lanun (download) atau streaming je. tak tahu sebab guna internet untuk tengok facebook dan tengok youtube je. takat tengok maharajalawak, bersepah kat internet. ni age of the geek lah! come on! so yeah, astro biggest rival is TM.

TM ada iklan few months ago, sekiranya upgrade subscription tenet yang 5mbps tu ke 10mbps maka akan dapat tengok match bola. a family member of mine upgraded his unipai nak tengok world cup. end up ke mamak gak sudahnya. why? sebab tak ada live match. though TM one of the biggest (ye ke?) sponsor untuk manchester united, unipai subcriber hanya boleh tengok MUTv. MUTv ada apa? delayed match for under 21 dan under 18. hahahahahaaha. rancangan TV? adalah lebih baik kau guna je internet fibre tu untuk download dan tonton lagi bagus. kepada yang tak tahu, TM punya HypTv adalah satu benda yang sangat bangang sebab rancangan tah pape. buang karen je. 150 hengget for 5mbps fibre internet dan decoder tv yang rancangan tah pape adalah sangat rip off.

dari sini aku bawa kamu ke satu cerita yang aku lalui personally yang juga telah membuka kepada cerita entry ini.

apa choice yang orang malaysia ada kalau taknak pakai unipai? closest one is Maxis Fibre Internet. 150 hengget for 10mbps fiber internet is the way to go. aku sangat semangat nak subscribe maxis fibre dan bini aku pun agreed, ada internet, maka TV juga akan menyala. cucuk cables kat laptop, tengok kat TV, siap home theater set lagi. haaa. so aku pun pergilah ke maxis centre. check alamat, to my surprise amoi tu cakap;

"sorry abang, your rumah not available".
aku dah macam "impossibruuuuuuu!!!!!"

jiran aku ada pakai maxis fibre, sepupu aku yang duduk area sama pun ada pakai maxis fibre. dah kenapa aku punya alamat tak ada pula? merepek. dengan penuh kekecewaan aku dan bini pun pergi lah ke tesco, sebab nak tanya pasal Astro. yeah yeah, aku tak ada choice okay? its either internet or astro. since aku tahu astro ada provide iptv maka aku pun tanya lah perihal maxis fibre. dan aku sangat terkejut dengan jawapan orang astro tu.

"maxis ada coverage kat area abang, tapi ada 5 port je untuk satu kawasan. kalau abang nak subscribe maxis tu kena tunggu one of them keluar then baru abang boleh masuk" haa, lebih kurang macam tu lah. yeah, i already know kalau nak pasang maxis fibre, on the day orang maxis datang, orang TM pun akan datang gak sebab nak tarik cable dari kotak fibre optik TM. bila dah tarik bawa masuk rumah barulah orang maxis boleh buat kerja. dari situ aku tahu yang cable fibre optik kat malaysia ni TM yang punya. maka TM sahaja boleh operate dan TM sahaja yang ada port lebih. logik lah, dah cable kau punya, kotak pun kau punya, takkan kau nak bagi orang lain ramai-ramai pakai barang kau sedangkan kau boleh dapat lagi banyak berbanding sewakan barang kau kat orang lain.

again, ini membawa kepada kisah monopoly. TM dah monopoly cable fibre kat malaysia, so suka hati dia lah nak buat apa dengan barang dia. so maxis fibre is a no go for me. ini telah membawa aku kepada kawan baik aku, encik Google untuk bertanyakan pendapat dan pilihan.

to my surprise ada lagi 2 fiber internet provider di malaysia ni. P1 dan Time (juga ada untuk astro IPTV). keesokan harinya aku pun pergi ke P1 centre yang juga sebelah maxis centre. masuk dan terus tanya ada tak coverage fibre untuk P1 kat kawasan rumah aku, dengan pantas akak itu berkata "tak ada lah dik". at that point aku rasa aku dah faham segala perkara berkenaan internet dan monopoly. aku juga faham kenapa kotak fibre TM depan maxis centre tu banyak gila cable masuk. P1, Time akan guna cable TM juga, of course, sebab dah nama pun TM dah lama bertapak kat Malaysia. aku juga faham kenapa P1 dan Time akan ambil masa untuk expand coverge mereka untuk sampai ke kawasan aku. mungkin costly.

dan pada masa itu jugalah aku sedar, choices yang aku ada adalah maxis broadband ataupun astro. aku tak suka celcom, celcom ripoff. as for unipai... aku dah blacklisted. HAHAHAHAHAHAHAHA! disebabkan internet adalah benda yang sangat penting dalam kehidupan aku dan bini dan perniagaan kami, maka we opted for a broadband instead of astro. TV still boleh menyala, cari torrent through broadband, magnet link, pause torrent, pergi kedai mamak. dapat la 1mbps download. at least that was the plan until amoi tu cakap nama aku blacklist dengan umobile. hahahahaahaha. djimbet! djimbet! pekik hatiku ini.

so now i have to wait for maxis, P1 and Time to expand or.. yeah.. subcribe astro. ok la tu kot. boleh tengok jijan. i love jijan!~ awww~ fuck off! or i could just keep using plan internet handphone yang aku rasa tak kira la provider yang mana, semuanya rip off. aku sekarang pakai celcom. dan celcom paling ripoff antara provider yang lain. or just lepak mamak. terima kasih 2 mamak area aku internet laju. fuck yeah!~

so yeah, monopoly memang seronok kalau kau taukey company. kalau kau client/customer. kau confirm butthurt dengan kerap dan laju. pesanan untuk yang membaca kalau ada, bayarlah hutang anda. kang tak dapek pakai postpaid tenet.

I fought the 'law' and the 'law' won.

sort of.

Azrul Maulud