Saturday, 20 September 2014

Masalah Rempit?

"rempit makin berleluasa. salah siapakah ini? adahakah mak bapak yang patut disalahkan kerana tidak mengambil endah terhadap anak-anak? adakah pengaruh kawan yang mendorong anak-anak muda kita ke jalan yang gelap ini? atau adakah salah guru-guru di sekolah kerana tidak mendidik anak didik mereka dengan penuh kasih sayang? mula-mula merempit lepas tu merompak. dah merompak merogol pula! apekejadahnya semua ini?!"

hari-hari benda tu je la kau nak aku dengar tang nak cerita masalah rempit. apekejadah abah engkau?~ meh sini abang bagi idea buat petition untuk di sain sebagai memorandum kepada gomen.

1. haramkan semua motor 2 strokes.
oi rempit suka motor 2 strokes sebab, duhh, laju dol! dengan bunyi pet peeeeettttt peeeett nya dah tahu dah memang laju meroket. rxz, 125z you name it, haramkan semua yang 2 strokes. motor 2 strokes semua pakai carburator. pe-man carburator bersepah-sepah dah ada kat malaysia ni. bila 2 strokes diharamkan maka rakyat hanya akan pakai motor 4 strokes. ha, tengok macam mana pe-man carburator buat motor fuel injection. confirm makan masa nak belajar. confirm makan ratus-ratus LC jahanam sebelum sebelum betul-betul pandai usik enjin injection.

2. hentikan pengeluaran ex5. dan segala motor berbentuk cub.
kenapa ex5? sebab ex5 murah. semua orang boleh beli. kesian pakcik-pakcik beli ex5 nak pergi ke pasar, malam anak bawa merayap. so stop producing ex5 dan haramkan serta merta.

untuk point 1 dan 2, gomen kena sediakan pusat pelupusan motor 2 strokes dengan ex5 dan segala motor cub. dan dengan duit cukai rakyat yang sedia ada gantikan motor yang mereka hantar itu dengan scooter. ha! nak merempit apo dengan scooter? scooter untuk budak hip hop (pengalaman tahun 2000-2006) je dol!

bila tak ada motor cub, ex5, rxz, 125z dan lain-lain maka akan kurang sikit isu rempit. tak ada pencemaran bunyi pet pettt mat pet tarik kat depan rumah nak test enjin bagai. pakcik-pakcik yang beli ada scooter untuk ke pasar takyah risau dah anak merayap naik scooter merayap ke kuala lumpur. scooter mana rider jang!

"tapi bero, macam mana nak cari pelumba muda untuk di bawa ke moto gp sebagai wakil malaysia?"

jangan bangang sangat jang, kalau nak cari pelumba, bagi je lumba dengan, paling cikai pun, cbr250. nak buat, buat betul-betul la. tutup cub prix, upgrade jadi malaysia motorcycle championship. no more cub prix.

3. kita buat track untuk mereka lumba.
kepala butoh engkau buat track. idea bangang. kau sekolah ke tak?

3. kepada yang still nak pakai 2 strokes atau ex5 (ex5 tahan lama weh. lagi tahan lama dari proton) diwajibkan buat check up setiap minggu di JPJ. kalau tak datang, anggap je la pengguna motor tu pelarian. malaysia ni kecil je. nak lari mana? orang tak sekolah je rasa malaysia ni besar gila. bila kena buat check up setiap minggu lama-lama confirm dihantarnya juga motor tu ke tapak pelupusan. kental mana je rakyat malaysia ni?

4. masalah orang yang still pakai 2 strokes dan ex5 dan cub secara haram pasti akan ada. jadi gomen perlu peruntukkan wang ganjaran yang datangnya dari hasil kutipan cukai kepada sesiapa yang dapat memberi info tentang motor-motor yang diharamkan yang digunakan di atas jalan. boleh collect duit ganjaran di JPJ. jangan kantoi, nanti kena rogol. tak kira la kau laki ke perempuan.

point 4, ni menarik. confirm ada pekerjaan baru untuk rakyat. tak perlu kerja di office. gila kalau ganjaran 1 info RM50 ringgit, 1 hari kalau dapat 10 info tak ke 5 juta? fuhhh!!! pegawai-pegawai undang-undang confirm buat kerja sebab nak dapat extra cash. haa. akhirnya ada "reinforcement".

5. kita buat track untuk mereka lumba.
for fuck sake....

6. yeah, rempit bukan isu atas jalan je. mentality mereka tu yang buat porak peranda negara. jadi kita latih 1 group untuk detect rempit "muda" di sekolah. tarik, bawa masuk 'dalam' sekolahkan sampai menangis. sampai dia rasa scooter je cantik. haaa. amek obat.

i rili rili kenot brain menteri yang cakap nak buka track untuk rempit berlumba. apekebangang punya idea? bertahun-tahun cakap benda sama, tracknya aku tak nampak gak. ye lah dah ada sepang nak buat apo track baru semata untuk rempit kan? buang duit je. and then we know why rempit never stops. nak buat apa untuk hentikan semuanya "buek apo, menghabehkan cukai rakyat jo~".

pepek!~

Azrul Maulud

Monday, 8 September 2014

Antara Kaca TV dan Harmony

so yeah, 1Malaysia adalah satu 'gerakan' yang kononnya nak mengharmonikan negara kita, malaysia, yang berbilang kaum. and its bloody obvious bukanlah satu benda yang sangat mudah dilaksanakan dengan keadaan politik malaysia yang tak pernah berhenti. tambah pula dengan fanatik-fanatik yang konon ada otak untuk berfikir tak pernah betul-betul menggunakan otak mereka.

ok, kita letak hak kepentingan orang melayu and shit itu ketepi sebab memang kalau bincang pun tak akan ke mana. and you know its true. but yeah, 1Malaysia bagi aku adalah satu benda yang sangat penting untuk sebuah negara yang berbilang kaum. harmony adalah satu unsur yang wajib ada untuk negara ini.

but since the introduction of 1Malaysia aku tak pernah nampak menteri-menteri betul-betul buat kerja untuk melaksanakan apa yang PM kita ingin capai. hari-hari muncul kat tv3 cakap benda sama ulang kali, setiap hari. and of course, setiap hari they chose to spread hate.

televisyen digunakan untuk menyebarkan propaganda politik masing-masing. wait, pembetulan; propaganda gomen untuk tarik rakyat menyokong mereka. tang mana 1Malaysia aku tak pernah nampak. except iklan cybercafe 1malaysia dan klinik 1malaysia. pembangunan baharu bagai. other than that; telur. today i'm not really sure gomen betul ke nak laksanakan satu malaysia sebab aku really tak nampak hasilnya. takat CC, klinik 1Malaysia nak jana harmony macam mana aku pun tak tahu.

enough bashing, now to the point:

why not, since rakyat malaysia suka sangat tengok drama bodoh yang ada kat tv3, buatlah satu undang-undang di mana setiap drama yang akan ditayang di slot akasia or whatever shit they have  diwajibkan mempunyai at least 1 watak main supporting role yang berbangsa cina, dan 1 watak main supporting  role yang berbangsa india. this way gomen can slowly introduce harmony towards the viewers.

there was this 1 drama i saw when i came down to have dinner yang ada melayu playing a non-muslim role. thats nice, but the not-so-nice thing is that that character is the protagonist. of course la, kau tayang cerita di tv3, melayu je yang tengok, bila ada watak bukan islam of course la jahat. ada bab bila gadis baik masuk hospital and her mom menangis-nangis dan memekik "jahat betul si yvonne, bangsa apa dia tu?". script writer macam ni yang tak perlu wujud dalam bidang seni. kau elok tulis script filem propaganda je.

filem juga wajib ada main supporting role yang bukan melayu. memang la cerita melayu, orang melayu je tengok tapi tak salah kot kalau ada non malay pegang main supporting role. perlahan-lahan kita boleh hilangkan stereotype terhadap bangsa lain. dan tidak, saya tidak akan bercerita perihal filem samseng, abang long fadil, abang ngah ariffin dan kak cik rogayah. itu semua lain hari boleh kasi cerita.

dan of course, bukan cerita melayu je yang kena ada "non-viewer-race" punya supporting role. our local made tamil and mandarin drama/film pun patut impliment idea ini.

bila reality kicks in, come on, its bloody obvious tak ada menteri nak impliment benda macam ni. sebab mereka rasa tak akan ada hasil. tak ada hasil? kalau kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik boleh percaya wujudnya watak lelaki sempurna macam dalam drama-drama bingai yang tak pernah berhenti dihasilkan, kenapa mereka tak boleh percaya wujudnya cina atau india yang mulia dan tak seperti yang sedara/kawan-kawan mereka yang racist katakan? ini untuk harmony. harmony yang dilaungkan dalam gagasan 1Malaysia. so why the fuck not?

people, malaysians, they believe what they see on tv. so why not take that to your advantage wahai gomen instead of just using it as one way to spread racial hate and propaganda? jadi tak ada lah orang cakap "menteri tak buat kerja. cakap je 1Malaysia, tang mana 1Malaysia dia pun aku tak tahu".

why
the
fuck
not
?

Azrul Maulud