Monday, 8 September 2014

Antara Kaca TV dan Harmony

so yeah, 1Malaysia adalah satu 'gerakan' yang kononnya nak mengharmonikan negara kita, malaysia, yang berbilang kaum. and its bloody obvious bukanlah satu benda yang sangat mudah dilaksanakan dengan keadaan politik malaysia yang tak pernah berhenti. tambah pula dengan fanatik-fanatik yang konon ada otak untuk berfikir tak pernah betul-betul menggunakan otak mereka.

ok, kita letak hak kepentingan orang melayu and shit itu ketepi sebab memang kalau bincang pun tak akan ke mana. and you know its true. but yeah, 1Malaysia bagi aku adalah satu benda yang sangat penting untuk sebuah negara yang berbilang kaum. harmony adalah satu unsur yang wajib ada untuk negara ini.

but since the introduction of 1Malaysia aku tak pernah nampak menteri-menteri betul-betul buat kerja untuk melaksanakan apa yang PM kita ingin capai. hari-hari muncul kat tv3 cakap benda sama ulang kali, setiap hari. and of course, setiap hari they chose to spread hate.

televisyen digunakan untuk menyebarkan propaganda politik masing-masing. wait, pembetulan; propaganda gomen untuk tarik rakyat menyokong mereka. tang mana 1Malaysia aku tak pernah nampak. except iklan cybercafe 1malaysia dan klinik 1malaysia. pembangunan baharu bagai. other than that; telur. today i'm not really sure gomen betul ke nak laksanakan satu malaysia sebab aku really tak nampak hasilnya. takat CC, klinik 1Malaysia nak jana harmony macam mana aku pun tak tahu.

enough bashing, now to the point:

why not, since rakyat malaysia suka sangat tengok drama bodoh yang ada kat tv3, buatlah satu undang-undang di mana setiap drama yang akan ditayang di slot akasia or whatever shit they have  diwajibkan mempunyai at least 1 watak main supporting role yang berbangsa cina, dan 1 watak main supporting  role yang berbangsa india. this way gomen can slowly introduce harmony towards the viewers.

there was this 1 drama i saw when i came down to have dinner yang ada melayu playing a non-muslim role. thats nice, but the not-so-nice thing is that that character is the protagonist. of course la, kau tayang cerita di tv3, melayu je yang tengok, bila ada watak bukan islam of course la jahat. ada bab bila gadis baik masuk hospital and her mom menangis-nangis dan memekik "jahat betul si yvonne, bangsa apa dia tu?". script writer macam ni yang tak perlu wujud dalam bidang seni. kau elok tulis script filem propaganda je.

filem juga wajib ada main supporting role yang bukan melayu. memang la cerita melayu, orang melayu je tengok tapi tak salah kot kalau ada non malay pegang main supporting role. perlahan-lahan kita boleh hilangkan stereotype terhadap bangsa lain. dan tidak, saya tidak akan bercerita perihal filem samseng, abang long fadil, abang ngah ariffin dan kak cik rogayah. itu semua lain hari boleh kasi cerita.

dan of course, bukan cerita melayu je yang kena ada "non-viewer-race" punya supporting role. our local made tamil and mandarin drama/film pun patut impliment idea ini.

bila reality kicks in, come on, its bloody obvious tak ada menteri nak impliment benda macam ni. sebab mereka rasa tak akan ada hasil. tak ada hasil? kalau kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik boleh percaya wujudnya watak lelaki sempurna macam dalam drama-drama bingai yang tak pernah berhenti dihasilkan, kenapa mereka tak boleh percaya wujudnya cina atau india yang mulia dan tak seperti yang sedara/kawan-kawan mereka yang racist katakan? ini untuk harmony. harmony yang dilaungkan dalam gagasan 1Malaysia. so why the fuck not?

people, malaysians, they believe what they see on tv. so why not take that to your advantage wahai gomen instead of just using it as one way to spread racial hate and propaganda? jadi tak ada lah orang cakap "menteri tak buat kerja. cakap je 1Malaysia, tang mana 1Malaysia dia pun aku tak tahu".

why
the
fuck
not
?

Azrul Maulud

No comments:

Post a Comment