Thursday, 20 March 2014

YesPiYem

hari ni hari result SPM keluar. and aku teringat how adik aku call aku dari Johor nak tanya aku result aku berapa. "macam biasa" aku jawab. dia budak lompat. darjah 6 kami kelas bersama. jadi SPM pun sekali. sekolah je lain. yeah. dia cemerlang and i'm proud of her. no. actually aku kagum dengan dia. but yeah. confirm berita akan tayang berapa banyak A sekolah itu ini dapat. budak mana yang A paling banyak. siapa yang dapt 74A. just... what about those yang tak berapa pandai on papers? what about those yang bijak benda yang hands-on?

at this rate aku rasa gomen patut buka more public universiti so boleh bantu anak-anak muda yg tak seberapa pandai atas kertas mengasah kebijaksanaan mereka di pentas universiti. plus membantu mengurangkan hutang PTPTN yang anak-anak muda kita akan apply bila masuk private universiti. yes kita ada kolej komuniti tapi orang kita tak pandang kolej komuniti kerana mentaliti orang kita pandang benda yang dah ada nama.

tak semestinya budak yang dapat 1A tu bingai. tak semestinya budak yang tak ada A tu lagi bingai dari budak yg ada 1A. these are kids. they need chances and they need opportunities. so, gunakanlah cukai aku beli rokok ni untuk buka more public universities. or maybe enhance the reputation of kolej komuniti. 

so what choice do they have right at this moment? masuk private universiti. yes. which will cost more than what their parents can afford unless mereka anak orang kaya. and yes. masih ada bantuan PTPTN untuk membantu mereka mengasah bakat mereka. and you know my stance on PTPTN.

the biggest issue right even if the kementerian enchanced the status of kolej community is the mentality of our people. tak ramai yang nak pandang kolej komuniti sebab konon macam tak ada hasil. aku ada seorang kawan yang pandai bersosial, petah bercakap tapi akademik dia teruk. he went to kolej komuniti and ambil course tourism. now dia jadi tourist guide. which contributed a lot to the nation's income. we need to change that mentality first. and it will take years unless a menteri with a brain can say it out loud on TV and run a marketing program for those colleges. 

jangan kita pandang A orang tu je kita senyum tengok dia. orang yang tak ada A pun bukan tak pernah contribute untuk negara. dah kalau semua belajar nak jadi lawyer, doktor, siapa nak jadi mekanik untuk repair kereta doktor dan lawyer? siapa nak jadi penghibur si doktor bila putus cinta kalau bukan penulis? siapa nak ganti shah slam atas pentas raja lawak bila dia dapat hidayah macam sham kamikaze nanti? siapa nak jadi tourist guide untuk pelancong yang datang kat malaysia? siapa nak jadi penulis konspirasi freemason untuk rakyat malaysia sejagat? siapa nak jadi bomoh kalau briefcase lawyer hilang pada hari nak masuk court?

life ain't on a piece of paper.

Azrul Maulud

No comments:

Post a Comment