Tuesday, 9 December 2014

Aku Mahu Internet!

berniaga bila tak ada persaingan adalah satu benda yang sangat menyeronokkan. bayangkan kau seorang je yang jual topap handphone kat malaysia ni. orang dari utara sampailah ke selatan, dari sabah sampailah ke sarawak akan cari kau semata nak top up handphone. confirm kau ada satu bangunan besar untuk tempatkan staff kau yang bekerja 24 jam melayan orang nak beli topup through call or online. siapa cakap berniaga topup tak boleh cecah keuntungan 6 angka? confirm dapat bila kau dah monopoly.
take proton for example. kereta paling affordable di Malaysia adalah Proton dan Produa. to prevent people from buying kereta import yang lebih canggih dan classy, gomen letak cukai kereta import tinggi. 300% if i'm not mistaken. kerana kereta import dah agak mahal, orang malaysia yang ingin bergayo dengan kereta tak larat nak kumpul duit lama-lama untuk beli kereta import. siapa boleh tahan beb kalau awek manjang nak naik kereta je. tak kelas la naik motor.

persaingan adalah benda yang wajib ada dalam perniagaan. tanpa persaingan maka tiadalah improvement. sebab tu until today orang still complain yang kereta proton banyak masalah berbanding pesaing terdekat mereka; Produa. dah bertahun-tahun keluar kereta ada problem dengan power window, tapi still tak ada improvement. not until sales drop tahun ni baru lah nak keluar kereta yang affordabel. 50k untuk compact car buatan tempatan yang kualitinya tak diketahui adalah sangat rip off.

yeah. semua orang tahu pasal proton dan produa dan persaingan.

tanpa persaingan maka taukey bisnes tu tak perlu nak usaha improve laju-laju sebab customer memang tak ada choice. nak taknak still beli. though complain konon nak berenti membeli still beli juga. macam pernah dengar kan? komplen macam gila, tapi sebab nak tengok drama jantan sotong terpaksa bayar juga.

dengan itu aku bawa Astro masuk dalam ini karangan-tatabahasa-kejamban.

Masa Astro baru start bisnes dulu ada pesaing. MegaTV namanya. MegaTV tak lama. kejap je. aku terlalu malas nak korek kat google sebab memang tak perlu. MegaTV = sekejap. itu je. so bertahun lamanya astro berniaga. keluar la drama-drama cilaka dan rancangan relaiti yang nak kaut untug seperti akademi fantasia, raja lawak dan maharaja lawak. walaupun servis teruk seperti yang selalu kita dengar, bil sampai lambat tapi kena penalty, ke bayar mahal tapi signal tak ada time hujan dan paling sakai adalah astro guna servis sistem yahudi untuk befungsi. melayu bila dengar yahudi kerja nak mengamuk je. dan seperti biasa di sosial media ramai yang cakap nak unsubscribe sebab astro servis macam pundek. tapi disebabkan nak tengok zizan terkinja-kinja atas pentas dan bini nak tengok drama tak ada idea maka mereka pun still subscribe.

another reason kenapa astro berjaya monopoly industry kotak bodoh di malaysia adalah kerana Astro dah peganng broadcasting rights untuk tayangan sukan. bila dah pegang sukan maka abang-abang pun terpaksa la subscribe juga astro. siapa taknak tengok manchester united kena kitai kan? haa! but astro bukan pegang broadcasting rights untuk bola sepak luar negara je, liga malaysia pun mereka pegang. so kalau nampak ada tayang kat tv gomen tu sebab astro bagi pelepasan lah. so basically, tiada stesen TV yang boleh tayang match bola live tanpa persetujuan dengan Astro. pundek bukan?

nak berhenti melanggan astro tapi apa pilihan yang mereka ada bila dah tak langgan dengan astro? tengok TV3? mana cukup! TV3 tak ada zizan lompat-lompat macam monyet. mati weh kalau tak dapat tengok. mana nak tengok bola? mamak lah!

so yeah. Astro sudah monopoly industry kotak bodoh di malaysia. the closest rival to astro is, believe it or not, TM. TM dan hypTV. ramai yang tak tahu, kalau ada internet superduper laju seperti unipai movie movie yang ulang 12 kali sehari tu boleh di lanun (download) atau streaming je. tak tahu sebab guna internet untuk tengok facebook dan tengok youtube je. takat tengok maharajalawak, bersepah kat internet. ni age of the geek lah! come on! so yeah, astro biggest rival is TM.

TM ada iklan few months ago, sekiranya upgrade subscription tenet yang 5mbps tu ke 10mbps maka akan dapat tengok match bola. a family member of mine upgraded his unipai nak tengok world cup. end up ke mamak gak sudahnya. why? sebab tak ada live match. though TM one of the biggest (ye ke?) sponsor untuk manchester united, unipai subcriber hanya boleh tengok MUTv. MUTv ada apa? delayed match for under 21 dan under 18. hahahahahaaha. rancangan TV? adalah lebih baik kau guna je internet fibre tu untuk download dan tonton lagi bagus. kepada yang tak tahu, TM punya HypTv adalah satu benda yang sangat bangang sebab rancangan tah pape. buang karen je. 150 hengget for 5mbps fibre internet dan decoder tv yang rancangan tah pape adalah sangat rip off.

dari sini aku bawa kamu ke satu cerita yang aku lalui personally yang juga telah membuka kepada cerita entry ini.

apa choice yang orang malaysia ada kalau taknak pakai unipai? closest one is Maxis Fibre Internet. 150 hengget for 10mbps fiber internet is the way to go. aku sangat semangat nak subscribe maxis fibre dan bini aku pun agreed, ada internet, maka TV juga akan menyala. cucuk cables kat laptop, tengok kat TV, siap home theater set lagi. haaa. so aku pun pergilah ke maxis centre. check alamat, to my surprise amoi tu cakap;

"sorry abang, your rumah not available".
aku dah macam "impossibruuuuuuu!!!!!"

jiran aku ada pakai maxis fibre, sepupu aku yang duduk area sama pun ada pakai maxis fibre. dah kenapa aku punya alamat tak ada pula? merepek. dengan penuh kekecewaan aku dan bini pun pergi lah ke tesco, sebab nak tanya pasal Astro. yeah yeah, aku tak ada choice okay? its either internet or astro. since aku tahu astro ada provide iptv maka aku pun tanya lah perihal maxis fibre. dan aku sangat terkejut dengan jawapan orang astro tu.

"maxis ada coverage kat area abang, tapi ada 5 port je untuk satu kawasan. kalau abang nak subscribe maxis tu kena tunggu one of them keluar then baru abang boleh masuk" haa, lebih kurang macam tu lah. yeah, i already know kalau nak pasang maxis fibre, on the day orang maxis datang, orang TM pun akan datang gak sebab nak tarik cable dari kotak fibre optik TM. bila dah tarik bawa masuk rumah barulah orang maxis boleh buat kerja. dari situ aku tahu yang cable fibre optik kat malaysia ni TM yang punya. maka TM sahaja boleh operate dan TM sahaja yang ada port lebih. logik lah, dah cable kau punya, kotak pun kau punya, takkan kau nak bagi orang lain ramai-ramai pakai barang kau sedangkan kau boleh dapat lagi banyak berbanding sewakan barang kau kat orang lain.

again, ini membawa kepada kisah monopoly. TM dah monopoly cable fibre kat malaysia, so suka hati dia lah nak buat apa dengan barang dia. so maxis fibre is a no go for me. ini telah membawa aku kepada kawan baik aku, encik Google untuk bertanyakan pendapat dan pilihan.

to my surprise ada lagi 2 fiber internet provider di malaysia ni. P1 dan Time (juga ada untuk astro IPTV). keesokan harinya aku pun pergi ke P1 centre yang juga sebelah maxis centre. masuk dan terus tanya ada tak coverage fibre untuk P1 kat kawasan rumah aku, dengan pantas akak itu berkata "tak ada lah dik". at that point aku rasa aku dah faham segala perkara berkenaan internet dan monopoly. aku juga faham kenapa kotak fibre TM depan maxis centre tu banyak gila cable masuk. P1, Time akan guna cable TM juga, of course, sebab dah nama pun TM dah lama bertapak kat Malaysia. aku juga faham kenapa P1 dan Time akan ambil masa untuk expand coverge mereka untuk sampai ke kawasan aku. mungkin costly.

dan pada masa itu jugalah aku sedar, choices yang aku ada adalah maxis broadband ataupun astro. aku tak suka celcom, celcom ripoff. as for unipai... aku dah blacklisted. HAHAHAHAHAHAHAHA! disebabkan internet adalah benda yang sangat penting dalam kehidupan aku dan bini dan perniagaan kami, maka we opted for a broadband instead of astro. TV still boleh menyala, cari torrent through broadband, magnet link, pause torrent, pergi kedai mamak. dapat la 1mbps download. at least that was the plan until amoi tu cakap nama aku blacklist dengan umobile. hahahahaahaha. djimbet! djimbet! pekik hatiku ini.

so now i have to wait for maxis, P1 and Time to expand or.. yeah.. subcribe astro. ok la tu kot. boleh tengok jijan. i love jijan!~ awww~ fuck off! or i could just keep using plan internet handphone yang aku rasa tak kira la provider yang mana, semuanya rip off. aku sekarang pakai celcom. dan celcom paling ripoff antara provider yang lain. or just lepak mamak. terima kasih 2 mamak area aku internet laju. fuck yeah!~

so yeah, monopoly memang seronok kalau kau taukey company. kalau kau client/customer. kau confirm butthurt dengan kerap dan laju. pesanan untuk yang membaca kalau ada, bayarlah hutang anda. kang tak dapek pakai postpaid tenet.

I fought the 'law' and the 'law' won.

sort of.

Azrul Maulud


Saturday, 20 September 2014

Masalah Rempit?

"rempit makin berleluasa. salah siapakah ini? adahakah mak bapak yang patut disalahkan kerana tidak mengambil endah terhadap anak-anak? adakah pengaruh kawan yang mendorong anak-anak muda kita ke jalan yang gelap ini? atau adakah salah guru-guru di sekolah kerana tidak mendidik anak didik mereka dengan penuh kasih sayang? mula-mula merempit lepas tu merompak. dah merompak merogol pula! apekejadahnya semua ini?!"

hari-hari benda tu je la kau nak aku dengar tang nak cerita masalah rempit. apekejadah abah engkau?~ meh sini abang bagi idea buat petition untuk di sain sebagai memorandum kepada gomen.

1. haramkan semua motor 2 strokes.
oi rempit suka motor 2 strokes sebab, duhh, laju dol! dengan bunyi pet peeeeettttt peeeett nya dah tahu dah memang laju meroket. rxz, 125z you name it, haramkan semua yang 2 strokes. motor 2 strokes semua pakai carburator. pe-man carburator bersepah-sepah dah ada kat malaysia ni. bila 2 strokes diharamkan maka rakyat hanya akan pakai motor 4 strokes. ha, tengok macam mana pe-man carburator buat motor fuel injection. confirm makan masa nak belajar. confirm makan ratus-ratus LC jahanam sebelum sebelum betul-betul pandai usik enjin injection.

2. hentikan pengeluaran ex5. dan segala motor berbentuk cub.
kenapa ex5? sebab ex5 murah. semua orang boleh beli. kesian pakcik-pakcik beli ex5 nak pergi ke pasar, malam anak bawa merayap. so stop producing ex5 dan haramkan serta merta.

untuk point 1 dan 2, gomen kena sediakan pusat pelupusan motor 2 strokes dengan ex5 dan segala motor cub. dan dengan duit cukai rakyat yang sedia ada gantikan motor yang mereka hantar itu dengan scooter. ha! nak merempit apo dengan scooter? scooter untuk budak hip hop (pengalaman tahun 2000-2006) je dol!

bila tak ada motor cub, ex5, rxz, 125z dan lain-lain maka akan kurang sikit isu rempit. tak ada pencemaran bunyi pet pettt mat pet tarik kat depan rumah nak test enjin bagai. pakcik-pakcik yang beli ada scooter untuk ke pasar takyah risau dah anak merayap naik scooter merayap ke kuala lumpur. scooter mana rider jang!

"tapi bero, macam mana nak cari pelumba muda untuk di bawa ke moto gp sebagai wakil malaysia?"

jangan bangang sangat jang, kalau nak cari pelumba, bagi je lumba dengan, paling cikai pun, cbr250. nak buat, buat betul-betul la. tutup cub prix, upgrade jadi malaysia motorcycle championship. no more cub prix.

3. kita buat track untuk mereka lumba.
kepala butoh engkau buat track. idea bangang. kau sekolah ke tak?

3. kepada yang still nak pakai 2 strokes atau ex5 (ex5 tahan lama weh. lagi tahan lama dari proton) diwajibkan buat check up setiap minggu di JPJ. kalau tak datang, anggap je la pengguna motor tu pelarian. malaysia ni kecil je. nak lari mana? orang tak sekolah je rasa malaysia ni besar gila. bila kena buat check up setiap minggu lama-lama confirm dihantarnya juga motor tu ke tapak pelupusan. kental mana je rakyat malaysia ni?

4. masalah orang yang still pakai 2 strokes dan ex5 dan cub secara haram pasti akan ada. jadi gomen perlu peruntukkan wang ganjaran yang datangnya dari hasil kutipan cukai kepada sesiapa yang dapat memberi info tentang motor-motor yang diharamkan yang digunakan di atas jalan. boleh collect duit ganjaran di JPJ. jangan kantoi, nanti kena rogol. tak kira la kau laki ke perempuan.

point 4, ni menarik. confirm ada pekerjaan baru untuk rakyat. tak perlu kerja di office. gila kalau ganjaran 1 info RM50 ringgit, 1 hari kalau dapat 10 info tak ke 5 juta? fuhhh!!! pegawai-pegawai undang-undang confirm buat kerja sebab nak dapat extra cash. haa. akhirnya ada "reinforcement".

5. kita buat track untuk mereka lumba.
for fuck sake....

6. yeah, rempit bukan isu atas jalan je. mentality mereka tu yang buat porak peranda negara. jadi kita latih 1 group untuk detect rempit "muda" di sekolah. tarik, bawa masuk 'dalam' sekolahkan sampai menangis. sampai dia rasa scooter je cantik. haaa. amek obat.

i rili rili kenot brain menteri yang cakap nak buka track untuk rempit berlumba. apekebangang punya idea? bertahun-tahun cakap benda sama, tracknya aku tak nampak gak. ye lah dah ada sepang nak buat apo track baru semata untuk rempit kan? buang duit je. and then we know why rempit never stops. nak buat apa untuk hentikan semuanya "buek apo, menghabehkan cukai rakyat jo~".

pepek!~

Azrul Maulud

Monday, 8 September 2014

Antara Kaca TV dan Harmony

so yeah, 1Malaysia adalah satu 'gerakan' yang kononnya nak mengharmonikan negara kita, malaysia, yang berbilang kaum. and its bloody obvious bukanlah satu benda yang sangat mudah dilaksanakan dengan keadaan politik malaysia yang tak pernah berhenti. tambah pula dengan fanatik-fanatik yang konon ada otak untuk berfikir tak pernah betul-betul menggunakan otak mereka.

ok, kita letak hak kepentingan orang melayu and shit itu ketepi sebab memang kalau bincang pun tak akan ke mana. and you know its true. but yeah, 1Malaysia bagi aku adalah satu benda yang sangat penting untuk sebuah negara yang berbilang kaum. harmony adalah satu unsur yang wajib ada untuk negara ini.

but since the introduction of 1Malaysia aku tak pernah nampak menteri-menteri betul-betul buat kerja untuk melaksanakan apa yang PM kita ingin capai. hari-hari muncul kat tv3 cakap benda sama ulang kali, setiap hari. and of course, setiap hari they chose to spread hate.

televisyen digunakan untuk menyebarkan propaganda politik masing-masing. wait, pembetulan; propaganda gomen untuk tarik rakyat menyokong mereka. tang mana 1Malaysia aku tak pernah nampak. except iklan cybercafe 1malaysia dan klinik 1malaysia. pembangunan baharu bagai. other than that; telur. today i'm not really sure gomen betul ke nak laksanakan satu malaysia sebab aku really tak nampak hasilnya. takat CC, klinik 1Malaysia nak jana harmony macam mana aku pun tak tahu.

enough bashing, now to the point:

why not, since rakyat malaysia suka sangat tengok drama bodoh yang ada kat tv3, buatlah satu undang-undang di mana setiap drama yang akan ditayang di slot akasia or whatever shit they have  diwajibkan mempunyai at least 1 watak main supporting role yang berbangsa cina, dan 1 watak main supporting  role yang berbangsa india. this way gomen can slowly introduce harmony towards the viewers.

there was this 1 drama i saw when i came down to have dinner yang ada melayu playing a non-muslim role. thats nice, but the not-so-nice thing is that that character is the protagonist. of course la, kau tayang cerita di tv3, melayu je yang tengok, bila ada watak bukan islam of course la jahat. ada bab bila gadis baik masuk hospital and her mom menangis-nangis dan memekik "jahat betul si yvonne, bangsa apa dia tu?". script writer macam ni yang tak perlu wujud dalam bidang seni. kau elok tulis script filem propaganda je.

filem juga wajib ada main supporting role yang bukan melayu. memang la cerita melayu, orang melayu je tengok tapi tak salah kot kalau ada non malay pegang main supporting role. perlahan-lahan kita boleh hilangkan stereotype terhadap bangsa lain. dan tidak, saya tidak akan bercerita perihal filem samseng, abang long fadil, abang ngah ariffin dan kak cik rogayah. itu semua lain hari boleh kasi cerita.

dan of course, bukan cerita melayu je yang kena ada "non-viewer-race" punya supporting role. our local made tamil and mandarin drama/film pun patut impliment idea ini.

bila reality kicks in, come on, its bloody obvious tak ada menteri nak impliment benda macam ni. sebab mereka rasa tak akan ada hasil. tak ada hasil? kalau kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik boleh percaya wujudnya watak lelaki sempurna macam dalam drama-drama bingai yang tak pernah berhenti dihasilkan, kenapa mereka tak boleh percaya wujudnya cina atau india yang mulia dan tak seperti yang sedara/kawan-kawan mereka yang racist katakan? ini untuk harmony. harmony yang dilaungkan dalam gagasan 1Malaysia. so why the fuck not?

people, malaysians, they believe what they see on tv. so why not take that to your advantage wahai gomen instead of just using it as one way to spread racial hate and propaganda? jadi tak ada lah orang cakap "menteri tak buat kerja. cakap je 1Malaysia, tang mana 1Malaysia dia pun aku tak tahu".

why
the
fuck
not
?

Azrul Maulud

Monday, 28 July 2014

Raya Setahun Sekali

aku sentiasa, ya, sentiasa ada issue dengan hari raya. though aku suka childhood aku bila hari raya tiba. mestilah suka kalau collection duit raya tak pernah kurang dari 300. untung family besar ni. haaa.. but makin aku tua makin aku rasa hari raya ni makin mengarut. memanglah mengarut kan, dulu masa kecil aku receive, dah besar kena bagi duit pula. siapa nak bagi duit weh? hahahaha!

but hari raya, kita patut bermaaf-maafan. iklan kat tv, drama lagi memberitahu kita yang hari raya ini adalah hari untuk kita bermaaf-maafan. yup. hari lain tak boleh bermaaf-maafan. kena tunggu raya je. so the day kau minta maaf time hari raya, lepas 5 minit ada yang tak kena, kau melenting, kau tunggu je la raya depan nak minta maaf semua bagai. sebab hari lain tak perlu nak bermaaf-maafan. why? because most melayu memang tak ada culture bermaaf-maafan pada hari yang bukan hari raya. "kau tunggu, aku sumpah kau jadi katak!" kata seorang melayu bila kena tikam belakang. but come on, kalau orang yang tikam belakang kau minta maaf dari kau, kau betul ke maafkan dia? tak perlu temberang cakap kau maafkan. dalam hati kalau boleh kau nak sumpah dia jadi cawan pula. and then i told my wife, "tak perlulah nak melutut depan aku nak minta maaf bagai. berapa kali gaduh pun lepas tu ok. aku tak bawa sampai ke raya nak ungkit bagai. laki bini. lek sudah". but yeah, aku rasa aku sangat forgiving, but i won't forget things. it ain't that easy. but the point is, i forgive easily. kalau tak, takkan aku tak tikam pemandu teksi bertukar jutawan yang tikam bapak aku dari belakang tu. haa..

of course, punca segala issue aku datangnya dari sebiji kotak yang bodoh. itulah dia television. aku seriously tak faham kenapa nak tayang rancangan and movie macam taknak bagi orang keluar rumah. ni hari raya beb, biar la orang keluar rumah, dah kalau anak dok depan tv nak tengok muka zizan, kau nak pergi kubur, anak buat hal taknak ikut, ada yang makan kaki gak jawabnya nanti. bapak aku garang, so masa kecil dulu, kalau dia suruh jalan, maka kena jalan. or else, tali pinggang.

still on the rancangan telebisyen. setiap tahun. ya! SETIAP TAHUN drama raya dah sah-sah la pasal anak tak kenang budi, or lakhnat, or the bastard child yang nak bertaubat. bila dah taubat, barulah nak balik raya. bila nak balik raya, time tu la bini taknak ikut. bila bini taknak ikut mulalah balik seorang nak tengok mak bapak. bila nak balik tu lah, kalau tak accident, mak bapak mati. mesti punya. ending mesti menangis. come on bitches, mesti ke kau negativekan drama-drama raya yang patutnya indah. ya kita kenang orang yang dah tiada but for fuck sake bitches, we fucking move on. nak duduk menangis buat hapo? tak boleh ke kau buat cerita raya yang penuh dengan positivity so orang kita taklah drama sangat setiap hari. bukan kita tak tahu orang malaysia senang percaya dengan telebisyen, senang ikut benda yang ada di telebisyen. so why not take this opportunity to tanam sikap positive tu kat penonton. ni balik-balik, mati. mati. mati mati mati mati. bapaklah. raya ni hari mati ke?

"and so we taught our kids to buy new stuff to indirectly gloat to others on this special day.. and beyond"

hari raya most of us mesti ada beli benda baru. dialog ali baba bujang lapok "orang beli baju baru, dia mau baju baru, orang mau radio baru, dia mau radio baru, jadi saya mau minta you kidnap sama sayalah". ye sunnah pakai cantik-cantik bila pagi raya. but how much did we really spent untuk attire je? untuk kereta? and what for? mestilah sebab nak menunjuk-nunjuk. come on, aku sendiri tak deny at times memang aku ada rasa nak menunjuk-nunjuk. darah melayu kot. ada yang tak sabar nak raya sebab nak 'belanja' sedara-mara yang kaki condemn tayang moto. moto fz sebiji pun nak tayang. baru fz dah rasa macam ada cbr600. kalau betul ada cbr600 aku rasa sendiri rasa macam ada roket pergi bulan agaknya. sebab tak dapat nak menunjuk-nunjuk adik beradik pun boleh bergaduh sebab tak ada duit nak menunjuk-nunjuk. butoh kepada makhluk itu dan kaum-kaum yang tak sekolah sepertinya. benda macam ni yang betul-betul buat aku menyampah dengan hari raya.

datang pula makhluk yang suka menunjuk-nunjuk konon bergayo macam retis. tengok jakel jual baju melayu zizan razak dan aaron aziz. baju melayu biasa harga 70 80 ringgit dah ok dah kot. tak perlu nak beli baju melayu 150 ke atas. kau pakai pagi raya je pun, tengahari kau dah sarung tshirt dah sebab panas. berbaloi sangat. ada pula kes beli baju melayu kat jakel, kualiti tak ada. kepada makhluk macam ini pula aku sangat-sangat nak cakap kat depan muka mereka "yang kau bangang sangat beli dah kenapa?". sebab ada nama zizan dengan aaron? but yeah, itu semua untuk promote barang jakel je. advertising. aku tak rasa ada orang nak beli baju melayu jakel kalau jakel promo baju melayu M.Daud Kilau kan? ada juga yang mengamuk nak bash zizan dengan aaron. for fuck sake manusia, janganlah bingai sangat. diorang tu tak ada kena mengena dengan jahitan terkeluar bagai. kau nak maki hamun, pergilah maki hamun jakel. jangan tak sekolah sangat.

yeah, sedara islam kita kena bedil dengan bomb di gaza. kenang-kenangkanlah. kita kat sini hanya mampu doa dan boikot barang-barang. dan since dua hari lepas aku ternampak orang dah start konon nak boikot astro sebab ada hubung kait dengan system apa entah dengan yahudi. kemain aku baca komen nak boikot astro. marahlah apalah. nak unsubscribe astro semua bagai. but come on, kita semua tahu, bila reality kicks in, yang unsubscribe tu akan subscribe semula. why? sebab tak dapat tengok astro prima, drama melayu dan rancangan reality retis malaysia. fikir sendirilah. pagi raya sendiri kau dah buka channe 104, 105 astro, tak pun astro warna. nak boikot mende bang? nak tengok bola macam mana? pakai unipai punya tv yang kononnya boleh tengok bola tu? sedarlah, astro dah monopoly tv malaysia. hak penyiaran bola semua kat astro. and we gonna end up watching anyway. telebisyen, hidup dan nyawa lah weh!

aku rasa one of the few things yang seronok bagi aku time raya adalah time pagi raya, nak bayar tol or ambil tiket cakap kat penjaga booth "selamat hari raya". tengok muka dia pergi macam mana. hahahaha. i got it from my dad.

Azrul Maulud




Monday, 16 June 2014

Pakar Motibasi

i was cutoff from the world for a month when i started a small business last month. bila aku dah buka warung dan sudah kembali ke bumi aku jadi terkejut dengan media negara. aku start baca harian metro sebab makcik aku beli harian metro. of course hari-hari aku tahu, when i flip the first page of harian metro aku akan nampak gambar kereta berkecai sebab accident. flip lagi dan lagi gambar kereta berkecai. yeah. orang melayu suka cerita-cerita accident ni. why do you think jalan boleh jam bila ada accident on the other side of the road? then came along the cadbury lemak babi and shit. aih. i'll have my say to that later. maybe. meleis have too much issue these days.

and so dekat warung adik aku selalu pasang era, i can't change to BFM sebab tak mendapat suara majoriti untuk menukar siaran. plus, radio era je yang signal dia clear. maybe i need to get a new radio so i can get better coverage to listen to light FM or BFM. dari setiap saat ke setiap minit. dari setiap minit ke setiap jam. dari setiap jam ke setiap hari sampai la nak dekat 2 minggu aku dengar era dan aku rasa aku sedang bunuh diri aku perlahan-lahan. ye aku melayu, aku pun ada banyak issue menggelupur macam melayu lain. and one of my issue with era is Doktor Fazley. yes. Doktor Fazley. entah bila masa jadi pakar motivasi ada doktor bagai. aku ingat dia jual produk kecantikan sambil menyanyi lagu chocolate cake je.

seriously, kata-kata doktor fadzilah kamsah pun aku tak dengar inikan pula kata-kata doktor fazley. but era memang hebat tang nak membunuh melayu macam aku. dia tahu kelemahan aku adalah benda-benda bingai macam kata-kata seorang pakar motivasi. aku rasa aku dah dengar semua motivasi doktor fazley kat era tatkala sedang berniaga di warung and i say, "the fuck mate?! orang melayu ni perlu ada pakar motivasi untuk fikirkan untuk mereka ke? tuhan bagi otak, benda boleh fikir sendiri pun perlu diberitahu dek pakar motivasi. COME ON!".

aku pernah di hantar ke class motivasi before. bayar mahal. it worked for a few days until aku kembali ke bentuk asal. sekolah pula setiap tahun ada pakar motivasi datang. and i don't have a choice but to listen since aku pergi sekolah that day dan tak tahu yang ada pakar motivasi nak datang. menyesal aku ponteng hari sebelum tu. tahi punya kawan-kawan tak inform. motivational speaker after another motivational speaker dan aku mula meroyan. "bapak lah! setiap tahun datang cakap benda sama je. muka je lain! apejadah?!". i was 14 and i realized that i can't be moved by a motivational speaker. so that day aku stated that pakar motivasi tak patut di berikan title pakar until they can move me. macam mana nak motivate aku kalau benda yang kau cakap tu aku dah dengar dari bapak aku, mak aku, pakcik aku, makcik aku, nenek aku, atuk aku. aku ada otak weh. aku boleh fikir sendiri.

makin aku tua makin aku sedar yang actually pakar motivasi adalah pekerjaan paling mudah buat duit dekat malaysia. especially to malays. all you need is a script and charisma. why? sebab melayu terlalu banyak issue. plus, melayu mudah lupa. thank god i was gifted with a strong memory i don't forget things that easily. the worse motivational speaker ad i've seen was posted by a friend on facebook. bertajuk "macam mana nak bertutur dengan non-malays". WHAT THE FUCK?! SERIOUSLY! WHAT THE FUCK?! melayu ni racist sangat ke sampai tak reti nak bercakap dengan non-malays? apa indian, chinese, iban, kadazan, and the sub cultures kat borneo tu alien ke sampai kita kena belajar untuk bercakap dengan mereka?

malays here have too many issue to begin with. dari lagu awie rafael yang chorusnya bahasa inggeris bercampur aduk bahasa melayu, orang melayu bising dan sorry awie rafael, that song was perfect until you let these people dictate your writings. oh yeah, dari lagu awie rafael sampai la samak perut sebab termakan lemak babi. don't let me start on budak 12 tahun mengemis sampai boleh release album kat malaysia. bila orang kita busking dapat duit banyak dikatanya ada sindiket.

maybe i was wrong to think that malaysia don't need a pack of motivational speaker. yeah. kalau tak ada motivational speaker mungkin melayu makin mundur sebab selalu lupa. otak pun tak function sebab tak ada motivational speaker nak beri semangat. terlalu banyak issue untuk difikir, i guess i know how these motivational speaker wujud in the first place.

Azrul Maulud

Sunday, 8 June 2014

Mula Main Bola, Jangan Main Longball

local football commentator adalah salah satu benda yang annoying pernah keluar di kaca tv negara. tapi commentator taklah seranap local football pundit.

and so i was in front of the tv playing project zomboid while my ears are listening to our 2014 FA Cup Final between Felda United and Pahang. bila half time ada lah pundit nak bagi komen tentang corak batik permainan team yang tengah bertanding tu. telinga aku yang tak pekak terdengar kata-kata dari 2 pundit astro yang aku rasa know nothing about football though dia sendiri former player.

both team atas padang ada seorang awang import yang badannya bagak keras macam kereta kebal bermain di posisi striker. si pundit pula berbulu kerana both of the team striker tak bergerak. "asyik tunggu bola dan tak buat larian". abam oi, kalau striker tu badan bagak dah sah-sah la dia lari tak laju. nak buat larian mende kalau through pass cantik tak boleh kejar?

abam pundit juga memekak kerana both team bermain long ball. abam pundit berbulu sebab tak dapat tengok possession football. katanya "kedua-dua pasukan haruslah bermain bola dan hentikan main longball". main taktik longball time ada striker bagak tu bukan main bola ke? apa bola sepak sekarang kena main possession football je ke? main tiki taka barulah match jadi menarik nak ditonton?

secara logiknya lah, macam main bola kat taman masa kecil. the fattest boy will always be the goalkeeper. kenapa? sebab dia tak boleh lari laju meroket macam budak kurus yang confirm dapat main winger. plus budak gemuk confirm boleh cover more space kat tiang gol. duhh.

well, at time memang ada budak gemuk main striker. though berat tapi kat taman kita dia lah top striker dengan jaringan 10 gol setiap match yang bermula dari pukul 6 sampai azan maghrib. how did he managed to do that? for damn sure he didn't run the whole damn pitch and dribble the ball from midfield area to score a great solo effort. for damn sure lah dia duduk je kat depan tunggu bola sampai. bila dapat bola, defender lawan sodok pun dia tak jatuh. he will hold on to the ball to make a pass or dia sendiri akan tonjol bola ke arah gol. defender yang kecil kurus tak berani de nak defend against striker gemuk.

professionally, kita tengok karsten jancker, peter crouch, luca toni, dmitar berbatov, andy carroll, emile heskey. these strikers either badan bagak or tinggi lampai. mereka tidak mobile. mereka hold on to the ball untuk poacher buat larian masuk sebelum buat through ball. kelebihan mereka adalah bila ingin challenge bola yang datang dari langit dek hantaran goalkeeper untuk buat flick. Michael Owen tak mampu menyerlah tanpa Emile Heskey, the guy who made the goal.

so, abam pundit. how is that longball is not football when the coach/manager are using their line up as they see fit? when a guy can't run because he's bulky, is it wrong to use him as someone who hold up the ball up front? lain la macam Rajagobal, main Safee Sali solo striker, lepas tu main longball. itu bangang namanya. kalau team pakai striker pendek lepas tu main longball kau nak memekak tak mengapalah.

too much tiki taka killed how people see football. direct football is still around and still fun to watch. remember when Arsenal can't defend against Stoke City's longball tactics? its fun to watch.

that's why some former footballer yang berjaya atas padang tak mungkin berjaya as a coach. because they don't think. and end up being a pundit.

Azrul Maulud

Thursday, 20 March 2014

YesPiYem

hari ni hari result SPM keluar. and aku teringat how adik aku call aku dari Johor nak tanya aku result aku berapa. "macam biasa" aku jawab. dia budak lompat. darjah 6 kami kelas bersama. jadi SPM pun sekali. sekolah je lain. yeah. dia cemerlang and i'm proud of her. no. actually aku kagum dengan dia. but yeah. confirm berita akan tayang berapa banyak A sekolah itu ini dapat. budak mana yang A paling banyak. siapa yang dapt 74A. just... what about those yang tak berapa pandai on papers? what about those yang bijak benda yang hands-on?

at this rate aku rasa gomen patut buka more public universiti so boleh bantu anak-anak muda yg tak seberapa pandai atas kertas mengasah kebijaksanaan mereka di pentas universiti. plus membantu mengurangkan hutang PTPTN yang anak-anak muda kita akan apply bila masuk private universiti. yes kita ada kolej komuniti tapi orang kita tak pandang kolej komuniti kerana mentaliti orang kita pandang benda yang dah ada nama.

tak semestinya budak yang dapat 1A tu bingai. tak semestinya budak yang tak ada A tu lagi bingai dari budak yg ada 1A. these are kids. they need chances and they need opportunities. so, gunakanlah cukai aku beli rokok ni untuk buka more public universities. or maybe enhance the reputation of kolej komuniti. 

so what choice do they have right at this moment? masuk private universiti. yes. which will cost more than what their parents can afford unless mereka anak orang kaya. and yes. masih ada bantuan PTPTN untuk membantu mereka mengasah bakat mereka. and you know my stance on PTPTN.

the biggest issue right even if the kementerian enchanced the status of kolej community is the mentality of our people. tak ramai yang nak pandang kolej komuniti sebab konon macam tak ada hasil. aku ada seorang kawan yang pandai bersosial, petah bercakap tapi akademik dia teruk. he went to kolej komuniti and ambil course tourism. now dia jadi tourist guide. which contributed a lot to the nation's income. we need to change that mentality first. and it will take years unless a menteri with a brain can say it out loud on TV and run a marketing program for those colleges. 

jangan kita pandang A orang tu je kita senyum tengok dia. orang yang tak ada A pun bukan tak pernah contribute untuk negara. dah kalau semua belajar nak jadi lawyer, doktor, siapa nak jadi mekanik untuk repair kereta doktor dan lawyer? siapa nak jadi penghibur si doktor bila putus cinta kalau bukan penulis? siapa nak ganti shah slam atas pentas raja lawak bila dia dapat hidayah macam sham kamikaze nanti? siapa nak jadi tourist guide untuk pelancong yang datang kat malaysia? siapa nak jadi penulis konspirasi freemason untuk rakyat malaysia sejagat? siapa nak jadi bomoh kalau briefcase lawyer hilang pada hari nak masuk court?

life ain't on a piece of paper.

Azrul Maulud

Thursday, 27 February 2014

Kau Tulis La Sendiri

aku sangat confuse whether aku suka menulis more or membaca more. theres a lot to shit about everyday and the only source to drop the nasi lemak ayam goreng panas kat atas pinggan adalah bini aku. oh hell dia memang sangat suka argue semua benda aku cakap. derhaka sungguh. puih~

berbekalkan beberapa batang rokok, sedikit vapor dan air teh semalam, mari kita mula satu carutan yang dah lama tak keluar di blog ini.

lepas menang juara lagu, astro tak henti-henti tayang iklan mengucapkan tahniah hafiz kerana memenangi anugerah juara lagu. yeah, that dude can sing. kali keberapa dia menang? 34 kali? but indirectly astro macam nak beritahu all of its fucked up subscribers yang hafiz memang sungguh berbakat dan tiada siapa dapat menandingi beliau. fan pula makin hari makin suka. dan macam every typical malaysians we never really see who we should really appreciate.

macam P.Ramlee, dah tak ada kat bumi ni baru la kita sibuk nak cakap cerita dia best. seronok tengok ulang kali tak jemu. tak pernah muntah. siap tengok ulang-ulang semata nak hafal. as we all know, P.Ramlee meninggal dunia papa kedana. kau google sendiri la apa cerita dia.

arwah Loloq is one hell of a good songwriter of his era. banyak lagu rock kapak yang aku tak berapa nak layan sangat tu hasil dari tangan dan kepala dia. aku hairan until today kenapa tak ada pak menteri nak bagi pangkat dato' kepada beliau. ada menteri yang bagi pangkat dato' kat orang luar sebab mengharumkan nama negara. tapi orang kita sendiri yang menghasilkan sesuatu yang sampai sekarang semua orang dengar lagi tak dapat penghormatan yang patut mereka dapat. tak perlu dato' pun tak apa just acknowledge these people's contribution. but maybe memang menteri-menteri kita memang ada isu dengan karyawan tempatan aku tak tahu.

kembali kepada kisah hafiz yang berbakat. yeah. berbakat. memang dia boleh menyanyi. but lagu-lagu yang dia menang tu aku tak rasa ramai yang tahu siapa penciptanya. bila tanya lagu siapa, orang jawab lagu hafiz. what the fuck bebeh? yeah. mungkin ada orang nak argue yang kalau Ajai yang nyanyi lagu tu mungkin tak dapat menang. yeah. orang cakap 50-50. both parties contributed to the songs. but yang betul-betul pecah otak nak buat lagu jadi super sedap sampai boleh menang juara lagu dah sah-sah la bukan hafiz.

macam Siti Nurhaliza. memang pandai menyanyi. she wrote her own song. and aku rasa biar dia stick dengan composer.

macam Anuar Zain yang had to go to indonesia to have a composer compose songs for him because maybe to him composer malaysia tak sesuai dengan style dia. why dont you write your own songs for fuck sake?

and we wonder why kita ada one hit wonder or 1 album wonder or 1 month wonder di malaysia ni. dulu kita ada band rock jiwang. yang aku rasa tak rock langsung. commercialized malaysia 90s band semuanya balada. end up semua mati sebab tak ada lagu baru. composer taknak buat lagu untuk mereka. and mereka mungkin tiada initiative to move on macam Hanson bila kena reject dengan banyak record label.

well maybe composer dah buat lagu untuk one hit wonders mereka, tapi producer pula nak bagi lagu tu kat artis yang lebih muda dan seksi. we might know but we all know how democracy works. you give and take. maka terkuburlah artis artis one hit wonder tersebut.

but it didnt end there. today vocalist band-band tersebut still ada show. but they dont have any new songs. band pun dah tak ada. jadi macam artis karaoke je. pakai minus1. nyanyi lagu lama. title gig pun dah nostalgia bagai. i think if they actually write their own songs and push for the win aku tak rasa mereka akan terkubur macam sekarang.

tak perlu pelik kenapa Beatles, Rolling Stones, Oasis, boleh hidup sampai sekarang. they wrote their own songs for fuck sake. today. kita tengok Yuna, kita tengok Aizat Hamdan yang perah otak untuk lagu mereka. they dont need to win awards to make their songs evergreen. lagu-lagu hafiz ni, aku rasa 10 tahun lagu orang dah tak dengar dah. but i have no doubt about lagu yang artis tu sendiri tulis.

kenapa lagu KRU still evergreen?

Azrul Maulud