Wednesday, 17 April 2013

Politik itu Tahilembu

dah nak dekat pilihan raya dah ni. bendera dah bersepah-sepah dah ni. alamak. bendera jatuh tutup traffic light. haram tak tahu bila lampu hijau. ah. bedebah punya bendera logo basikal. siapa wakil rakyat dia kat sini? menyusahkan orang betul. gahh!! aku benci politik.

first of all, lets tune in to tv3. time ni lah tv3 kaut duit gomen bagi untuk sebarkan propaganda isu bekalan air dan duit ibu tunggal tak terbayar. time ni lah gomen nak menang hati rakyat. dah diorang je yang boleh pulihkan isu bekalan air tu nanti. janji ditepati. yeah. aku tak pernah doubt masalah air tu akan berlanjutan kalau gomen menang. semuanya kerana kebajikan rakyat perlu dijaga. oh for fuck sake. kebajikan rakyat punya janji ni bagi aku dah lapuk lah. overuse, bosan dan lame.

tak salah pun kalau seorang orang gomen datang keluar duit bagi settle masalah bekalan air tu. kenapa mesti tunggu lepas pilihanraya? kalau betul-betul nak jaga kebajikan rakyat, kau volunteer la settle kan masalah tu. kenapa nak rakyat tunggu-tunggu dengan tak mandi 3 bulan semata nak tunggu lepas pilihanraya?

"ah come on bro. inilah politik"

politik abah kau jaga kebajikan rakyat la sangat. lepas pilihanraya baru ada duit ke? apa gomen tak boleh bagi ke nak kasi settle masalah tu dulu? oh yeah. lepas pilihanraya ada duit lebih sikit. ah. aku dah cukup banyak kali tengok manusia berubah sebab duit. duit. punca segala kesyaitonan.

and on the other side of the party dok tarik anak muda. cakap nak turunkan harga kereta bagai. budak-budak muda suka la bila dengar harga kereta turun. im not really sure cukai kereta import turun ke tidak but kalau turun sure budak-budak nak kereta paling cikai pun vios. wahh.. syok oo semua pakai vios. apa barang kereta proton kalau harga turun sampai dua ringgit setengah pun. dah lah power window macam bodoh. asyik rosak je. tahi.

kids above 18 sure dah target kereta apa diorang nak beli. well, at least ptptn dah tak ada, maka mungkin tak ramai la yang pakai duit bayar down payment kereta. more and more cars will be on the road, jalan confirm jam. aku nak hantar adik aku p tuisyen pun mungkin akan mengambil masa setengah jam walaupun hanya seberang jalan. orang yang balik kerja makin stress dok sangkut dalam traffic. but hey, at least tol dah tak ada. come on. kita orang malaysia. janji ada kereta, stress pun tak apa. sampai rumah dengar anak memekak, pijak je.

aku masih benci politik dari dulu. politik yang buat manusia pecah belah sesama kita. semata politik, khutbah jumaat pun buat aku rasa macam nak pergi lempang muka yang berkhutbah tu. sebab politik juga lah isu bekalan air tak settle. dah nak kena tunggu lepas pilihanraya. orang dah tak mandi 3 bulan, lepas pilihanraya esoknya nak terus jalan ke? ke kena tunggu lagi 3 bulan baru selesai? 

politic equals bullshit.

orang dok kutuk ayah pin itu ini. ayah pin berjaya buat orang letak agama, parti politik bakal di pangkah, warna kulit, kerjaya, duit gaji dan pandu kereta jenis apa ketepi. politik tak boleh buat ini. sebab politik memang asalnya untuk memecah belahkan sesama manusia. ada je yang tak puas hati. semua benda tak betul. baik aku main game. lagi bagus.

Azrul Maulud

No comments:

Post a Comment