Monday, 29 April 2013

Makan Masa

lately aku banyak tulis lagu melayu. otak aku lembab sikit nak tulis lagu melayu ni sebab aku tak reti berbunga. even lagu english aku pun tak berbunga. tepek je kat muka senang faham. latest aku tulis lagu tajuk "Hati Batu". tak terasa nak recording betul-betul lagi. banyak masa lagi. biar lama-lama sikit, lepas 4 bulan baru try main sendiri tengok ada benda boleh tukar tak.

 first lagu melayu aku "Siapa Diriku". kisah chenta tak kesampaian aku masa belajar kat kolej dulu. it didn't took that much time to write that one. second aku dah tak ingat yang mana. tapi lagu melayu aku memang tak banyak pun.kurang sepuluh. berbanding lagu-lagu bodoh aku yang lain. wrote those for the sake of experience je. ada la juga lagu english yang buat main-main tapi aku puas hati.

aku rasa lagu melayu aku paling epic aku pernah tulis is "Cintaku (Tidur Lagi)". aku start tulis pada tahun 2008. dapat tulis verse pertama je masa tu. bila aku kenal dengan bini aku idea datang mencurah dan aku terus try sambung lagu. habis tulis puas hati bagai pada tahun 2010. aku tak terasa nak rekod pun lagu tu. tak pernah rasa nak main atas stage pun. tapi masa 2011, aku ada banyak masa sebab tak kerja kan, aku rekod lagu tu. outcome; aku puas hati except lead guitar. ahhh.. lead gitar lagu aku sentiasa macam lahanat. aku memang tak reti. tak ada teknik. takat petik-petik bodoh je boleh. maka lagu tu end up lead nya petik-petik bodoh.

"Hati Batu" aku masih lagi tak puas hati. ada satu benda yang tak kena. tapi aku tak tahu apa. mungkin Syaifullah boleh menampakkan apa yang aku tak nampak tu. aku cukup puas hati dengan 4 lagu yang kami pernah cipta. lagu melayu satu je pun. that was one hell of a time. betul-betul buat muzik sampai puas hati.

mungkin aku perlu banyak lagi membaca buku-buku bahasa melayu. mungkin aku perlu banyak layan puisi atau sajak melayu untuk memudahkan aku menulis lagu melayu. mungkin juga aku tak perlu semua itu kerana aku mungkin hanya perlu tepek di muka pada setiap masa. mungkin satu hari nanti aku tak perlu makan masa yang agak melampau lamanya untuk aku puas hati dengan apa yang aku dah tulis.

kembali ke pen dan kertas...

Azrul Maulud

No comments:

Post a Comment